top of page

Merc Energy Auto Garage

Daily Post Blog

6022ab9b25cbe.png

7 Langkah Penjagaan Kereta Yang Tak Bergerak Selama PKP

Updated: Jun 20, 2021

Kebiasaannya hari-hari kereta bergerak sebelum ini, tiba-tiba masa PKP atau lockdown ini kereta boleh jadi langsung tak digunakan. Jadi macam mana ya penjagaan kereta yang mungkin lama tak bergerak. Perlu ke panaskan enjin setiap hari? Berikut adalah beberapa cadangan dari Mercedes Benz tentang bagaimana untuk menjaga kenderaan semasa PKP. Kereta lain pun sama juga penjagaannya...





1. Hidupkan kereta sekurang-kurangnya seminggu sekali

Perlu diingatkan bahawa, walaupun teknologi kenderaan berkembang pesat, namun satu fakta kekal. Fakta itu adalah, kenderaan perlu dihidupkan secara berkala (tempoh disyorkan adalah setiap tujuh hari) untuk mengekalkan fungsinya.





2. 10 minit, jangan pasang aircond

Satu dari komponen asas adalah bateri. Bateri akan menghidupkan kenderaan dan menyediakan kuasa elektrik ke bahagian lain. Jadi, jika enjin tidak dihidupkan secara kerap, alternator tidak dapat mengecas bateri.





3. Periksa tekanan angin tayar

Tekanan angin tayar perlu diperiksa setiap dua minggu bagi memastikan angin cukup berdasarkan jumlah yang disyorkan. Jika ia tayar berada di bawah tekanan sepatutnya, pandu ke stesen minyak berdekatan untuk mengepam tayar anda.





4. Gerakkan tayar ke depan dan belakang waktu panas enjin

Apabila anda parking kenderaan di tempat sama tanpa ada pergerakan selasa beberapa hari, ia boleh mengakibatkan bintik mendatar pada tayar seterusnya menyebabkan tayar kehilangan bentuk.


Apabila keadaan ini terjadi, ia akan menyebabkan getaran disalurkan kepada stering apabila memandu walaupun ketika melalui permukaan jalan rata. Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, gerakan kenderaan ke depan atau ke belakang, sewaktu sedang memanaskan kenderaan.





5. Jaga kebersihan

Ketika PKP, menjadi satu kemestian menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) pada tangan dan permukaan yang di sentuh terutamanya dalam kenderaan anda.

Selepas sampai ke destinasi, pastikan anda menggunakan langkah nyah-kuman untuk pada permukaan seperti stering, pemegang pintu, suis tingkap dan tombol gear.





6. Sapu sanitize pada skrin sesentuh juga

Jika anda memiliki sistem audio dengan skrin sesentuh, sapukan cecair pembasmi kuman pada kain dan sapu secara perlahan-lahan pada permukaannya. Hati-hati, cecair tidak perlu terlalu banyak kerana kelembapan keterlaluan akan merosak permukaan peralatan kenderaan.





7. Angkat Wiper Blade

Jika kenderaan di parking dibawah sinar matahari, amalan yang baik adalah dengan mengangkat pengilap cermin.

Jika pengilap cermin dibiarkan berada pada cermin depan, pemindahan haba dari kaca secara berpanjangan akan menyebabkan getah pada bilah pengelap mengeras dan kurang berkesan apabila digunakan.


Dengan langkah yang mudah diikuti selepas tempoh PKPB tamat, kenderaan anda akan bersedia untuk digunakan kembali seperti sedia kala.


27 views
bottom of page