top of page

Merc Energy Auto Garage

Daily Post Blog

6022ab9b25cbe.png

KEBAIKAN TENTANG FLUSHING AIRCOND SYSTEM

Adalah sangat penting untuk pastikan minyak dalam compressor kereta anda cukup dan menepati jumlah kuantiti dan kualiti yang diperlukan. Bagaimana proses flushing sistem aircond ini dapat MEMBANTU anda mengelakkan masalah aircond daripada berlaku?


Dalam post kali ni, kita akan bercerita pasal kebaikan flushing untuk sistem aircond kereta.







1. MEMBERSIH


Tekanan dari machine yang dihasilkan menggunakan liquid R134a menolak dan membersihkan segala kotoran dan minyak yang terdapat dalam sistem aircond kereta anda. Proses flushing ini dilakukan selama antara 45 minit hingga 1 jam. Sewaktu proses flushing, anda akan dapat lihat minyak compressor yang kotor akan keluar dari sistem dan masuk ke dalam tabung tadahan pada machine flushing.


SERVIS FLUSHING TUKAR MINYAK COMPRESSOR NI DIBUAT SECARA AUTOMATIK MENGGUNAKAN MESIN AIRCOND KHAS DAN CANGGIH.



Pesanan : sebelum perlu buat penukaran part Aircond seperti ini, lebih baik membuat kekerapan servis flushing untuk memanjangkan jangka hayat part-part berkenaan.



2. MENAPIS


Minyak aircond dan kotoran yang dibawa keluar dari aircond sistem tadi, ditapis oleh filter khas di dalam machine flushing.






3. DEEP VACUUM


Setelah itu, sistem aircond anda akan di VACUUM agar tiada udara langsung dalam sistem.

Proses ini adalah bertujuan mengelakkan minyak compressor baru yang akan dimasukkan nanti tidak terjejas dan kualitinya dapat bertahan lama. Selain itu juga, gas R134a dapat dimasukkan sepenuhnya tanpa bercampur dengan udara. Ini akan menyebabkan sistem aircond kereta anda bekerja dengan lebih efisyen dan cemerlang.





4. MINYAK COMPRESSOR BARU


Minyak compressor, UV leak detector dan gas R134a akan dimasukkan mengikut spesikasi berat gram yang telah ditentukan. Selesai proses flushing diatas , enjin dan aircond dihidupkan. Anda akan rasa perubahan sebelum dan selepas flushing. Aircond tidak mengambil masa yang lama untuk sejuk sejurus compressor aircond dihidupkan.





SEBELUM PROSES FLUSHING DIMULAKAN


  • Bacaan tekanan sistem aircond kereta anda perlu diambil terlebih dahulu

  • Berapakah bacaan meter merah ( high pressure )

  • Berapakah bacaan meter biru ( low pressure )

  • Bacaan disukat mengikut ukuran Psi atau kPa.


Bacaan disukat mengikut ukuran Psi atau kPa.


Ini antara video contoh cara- cara dan bagaimana ingin menentukan minyak aircond bersih atau kotor dan pengunaan aircond flushing...



1,296 views0 comments
bottom of page